Assalamualaikum wbt..
Minggu ke-14 telah pun tiba. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan dan minggu terakhir kami berjumpa bersama Cik Mazalah untuk semester ini. Alhamdulillah, terlalu banyak yang telah Cik Mazalah ajarkan dan kongsikan kepada kami. Terima kasih Cik Mazalah.

Pada minggu ini, Cik Mazalah membuat refleksi bersama kami sepanjang tempoh kami berada di semester 1 ini. Cik Mazalah telah menyatakan kepada kami untuk membuat refleksi mengikut minggu dan mengikut aktiviti pada minggu tersebut berdasarkan daripada proforma Komputer Dalam Pendidikan. Sepatutnya, pada minggu ini, kami harus membentangkan tentang Tugasan 7 iaitu video WEB 2.0 Dalam Pendidikan. tetapi Cik Mazalah telah memberi kelonggaran kepada kami untuk tidak membentangkan tentang video tersebut, tetapi kami perlu memuat naik ke dalam iFolio sebelum 23 Disember 2014 dan rakan-rakan perlu menilai video kami sebelum 26 Disember 2014. Alhamdulillah, video kami telah pun siap perlu untuk menunggu penilaian daripada rakan-rakan yang lain.
InsyaAllah jika berkesempataan, lain kali pasti akan bertemu lagi bersama Cik Mazalah. Assalamualaikum...............
InsyaAllah jika berkesempataan, lain kali pasti akan bertemu lagi bersama Cik Mazalah. Assalamualaikum...............